Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi PBB bagi pelarian Palestin perlu AS$800 juta

Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA) mengumumkan pada Jumaat (1 Okt) pertubuhan itu perlu mengumpul dana sebanyak AS$800 juta (S$1.08 bilion) di persidangan penderma yang dijadualkan di Brussels, bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi PBB bagi pelarian Palestin perlu AS$800 juta

Seorang wanita dan anaknya di sebuah pusat pengagihan bantuan yang dikendalikan UNRWA di Bandar Gaza pada 16 Sep 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Oct 2021 09:33AM Dikemas Kini : 02 Oct 2021 09:37AM

NEW YORK: Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (URNWA) mengumumkan pada Jumaat (1 Okt) pertubuhan itu perlu mengumpul dana sebanyak AS$800 juta (S$1.08 bilion) di persidangan penderma yang dijadualkan di Brussels, bulan depan.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini, memberitahu wartawan di ibu pejabat PBB di New York, pertubuhan itu memerlukan sumbangan tersebut bagi membiayai "tiga kegiatan utama" iaitu pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan sosial.

"Kami memerlukan AS$800 juta setahun," katanya menjelang persidangan penderma yang dianjurkan Jordan dan Sweden.

"Tujuan utama persidangan adalah untuk mempunyai ramalan lebih baik bagi jumlah kutipan dan mempromosikan penampilan lebih jelas" kata diplomat Switzerland itu.

Sumbangan dana berkenaan akan membolehkan UNRWA meneruskan operasi 700 sekolah, menyediakan makanan kepada 550,000 kanak-kanak, selain pusat kesihatan dan kebajikan sosial kepada pelarian Palestin dan keluarga mereka.

Selain jumlah tersebut, Encik Lazzarini berkata sumbangan juga diperlukan untuk membiayai bantuan kemanusiaan UNRWA yang mana jumlahnya berubah dari semasa ke semasa bergantung pada krisis.

Agensi itu menjangkakan jumlah yang diperlukan mencecah sekitar setengah juta dolar bagi 2022.

Encik Lazzarini yang memegang jawatan itu sejak April lalu berkata, UNRWA kekurangan AS$100 juta (S$135 juta) tahun ini dan memberi amaran agensi itu bakal menghentikan beberapa kegiatannya pada November dan Disember.

"Hari ini kami terus berjuang untuk mendapatkan wang tunai," katanya.

"Saya selaku Ketua Pesuruhjaya tidak tahu sama ada minggu akan datang kami mampu membayar gaji 28,000 kakitangan."

UNRWA menyediakan bantuan kepada lebih lima juta rakyat Palestin yang berdaftar dengan agensi itu di wilayah Palestin, Jordan dan Lubnan.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan