Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Agensi Filipina kemukakan tuduhan rasuah terhadap mantan presiden Aquino

Agensi anti rasuah Filipina pada hari Rabu mengemukakan tuduhan rasuah terhadap mantan presiden Benigno Aquino, kerana mengagihkan lebih satu bilion dolar dana negara tanpa kebenaran Kongres.

Anggaran Waktu Membaca:
Agensi Filipina kemukakan tuduhan rasuah terhadap mantan presiden Aquino

Mantan Presiden Filipina Benigno Aquino III. (Gambar: DONDI TAWATAO/REUTERS)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 09:32PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 09:48PM

MANILA: Agensi anti rasuah Filipina pada hari Rabu mengemukakan tuduhan rasuah terhadap mantan presiden Benigno Aquino, kerana mengagihkan lebih satu bilion dolar dana negara tanpa kebenaran Kongres.

Encik Aquino, anak tunggal ikon demokrasi dan bekas pemimpin EncikCorazon Aquino, juga menghadapi tuduhan yang berasingan iaitu, kecuaian atas kematian 44 komando polis pada tahun 2015 dalam operasi bertentangan dengan para pemberontak yang mengakibatkan krisis terbesar semasa tempoh jawatan presidennya, dari tahun 2010 hingga 2016.

Terdapat "sebab yang kukuh" untuk mendakwa Encik Aquino kerana "merampas kuasa Kongres" dalam meluluskan permohonan bagi membelanjakan 72 bilion peso (S$4.8 bilion) pada tahun 2012, kata Encik Conchita Carpio-Morales, seorang pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Cik Abigail Valte, seorang jurucakap Aquino, berkata bahawa beliau sedang menunggu arahan daripada mantan presiden itu sebelum memberikan sebarang komen.

Encik Carpio-Morales sudahpun menarik balik satu keputusan untuk membebaskan Encik Aquino selepas anggota parlimen sayap kiri memfailkan usul kajian terhadap keputusan tahun lalu, menuduhnya memberi dana kepada sekutu-sekutu perundangannya.

Ia kini menemui bukti kukuh bahawa Encik Aquino berkomplot dengan menteri belanjawannya untuk menyalurkan dana secara tidak sah tanpa melalui Kongres.

Ketika Encik Aquino masih berkuasa, Mahkamah Agung pada 2014 mengisytiharkan bahawa pemindahan dana awam adalah "menyalahi undang-undang" dan "tidak sah", tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Setiausaha Belanjawan Aquino, Florencio Abad, didakwa pada hari Rabu atas kesalahan yang sama. Encik Abad tidak membuat sebarang komen.

Sumber : Reuters/NA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan