Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Afrika rayu dibenarkan beli vaksin COVID-19

Afrika mahu membeli vaksin COVID-19, daripada terus menunggu bagi ketibaan vaksin yang diderma, menurut Kesatuan Afrika (AU) pada Selasa (14 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Afrika rayu dibenarkan beli vaksin COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 15 Sep 2021 10:42AM Dikemas Kini : 15 Sep 2021 10:44AM

GENEVA: Afrika mahu membeli vaksin COVID-19, daripada terus menunggu bagi ketibaan vaksin yang diderma, menurut Kesatuan Afrika (AU) pada Selasa (14 Sep).

AU merayu kepada pihak pengeluar vaksin untuk memberikan akses adil bagi pasaran vaksin kepada negara itu.

AU juga menggesa supaya negara-negara pengeluar menarik balik sekatan eksport supaya benua itu dapat menangani sendiri ketidaksamaan ketara dalam akses kepada vaksin koronavirus. Ini sedang sebahagian besar dos vaksin diperuntukkan bagi negara-negara kaya.

"Perkongsian vaksin adalah baik. Namun kami tidak seharusnya hanya bergantung pada perkongsian vaksin," kata rombongan khas COVID-19 AU, Encik Strive Masiyiwa di sebuah sidang media di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva.

"Kami mahu membelinya daripada para pengeluar yang sama."

Pengeluar utama vaksin COVID-19 mempunyai tanggungjawab moral bagi memastikan akses sama rata untuk mengakhiri pandemik, katanya, namun "pengeluar sedemikian sedar bahawa mereka tidak memberikan akses betul kepada kami".

Hanya sembilan dos vaksin diberikan bagi setiap 100 penduduk di Afrika, menurut kiraan AFP.

Perangkaan itu kekal sebanyak 118 dos bagi setiap 100 penduduk di Amerika Syarikat dan Kanada; 104 di Eropah; 85 di Asia; 84 di Amerika Latin dan Caribbean; 69 di Oceania dan 54 di Timur Tengah.

Negara-negara Afrika "ditinggalkan oleh seantero dunia", kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Ketua agensi kesihatan PBB itu juga mengetengahkan bahaya meminggirkan Afrika dari segi mendapat akses kepada vaksin.

"Ini bukan sahaja menjejas penduduk Afrika, ia menjejas kita semua," katanya.

"Lebih lama ketidaksamaratan vaksin ini berlarutan, virus ini akan terus menular dan berubah, lebih lama gangguan sosial dan ekonomi akan berterusan, dan lebih banyak peluang bagi varian-varian lain timbul dan menjejas keberkesanan vaksin."

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan