Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Afghanistan alu-alukan kerjasama negara lain bantu bangunkan negara

Afghanistan di bawah pemerintah baru kini lebih bersifat terbuka dan bersedia mengalu-alukan kerjasama negara luar dalam membantu memajukan negara itu, kata Gabenor Herat Noor Mohammad Islamjar.

Anggaran Waktu Membaca:
Afghanistan alu-alukan kerjasama negara lain bantu bangunkan negara

Anggota Taliban berkawal di Kabul, Afghanistan, pada 20 Oktober 2021. (Gambar fail: WAKIL KOHSAR/AFP)

Diterbitkan : 15 Nov 2021 06:02PM Dikemas Kini : 15 Nov 2021 06:05PM

HERAT: Afghanistan di bawah pemerintah baru kini lebih bersifat terbuka dan bersedia mengalu-alukan kerjasama negara luar dalam membantu memajukan negara itu, kata Gabenor Herat Noor Mohammad Islamjar.

Beliau berkata Afghanistan memerlukan pelaburan asing serta kepakaran luar dalam bidang sains dan teknologi untuk membantu negara itu, yang kaya dengan hasil bumi seperti gas dan minyak. 

"Kami turut mengalu-alukan perkongsian kepakaran sains dan teknologi atau apa saja untuk membantu membangunkan serta menambah baik apa yang ada negara ini (Afghanistan) pada masa akan datang," katanya kepada Bernama melalui penterjemah bahasa ketika ditemui di Herat.

Encik Noor Mohammad berkata pihaknya juga berharap dapat menwujudkan hubungan dua hala bersama Malaysia.

Wartawan Bernama merupakan antara 14 peserta yang menyertai misi bantuan kemanusiaan Pertubuhan Muslim Care Malaysia (MCM) ke Afghanistan sekali gus menjadi antara petugas media tempatan pertama menjejakkan kaki ke negara itu selepas ia diambil alih pemerintah sementera Taliban. 

Afghanistan terus bergolak apabila tentera Taliban menumbangkan pemerintah Mohammad Ashraf Gani pada pertengahan Ogos lalu menyusuli pengunduran tentera Amerika Syarikat daripada negara itu selepas 20 tahun mendudukinya. 

Kerajaan Malaysia masih mengambil sikap tunggu dan lihat perkembangan sebelum mengiktiraf pemerintah baru Afghanistan. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan