Images
  • afghanistan blackout
    (Gambar: Agensi berita)

Afghanistan alami gangguan elektrik akibat masalah teknikal

KABUL: Bekalan elektrik yang disalurkan dari Uzbekistan ke Kabul dan beberapa wilayah di negara Afghanistan mengalami gangguan akibat masalah teknikal.

Demikian menurut laporan Sputnik memetik kenyataan syarikat Da Afghanistan Breshna Sherkat (DABS) pada Rabu (13 Okt).

DABS memaklumkan bahawa berlaku masalah teknikal di wilayah Baghlan, utara Afghanistan.

"Kakitangan teknikal sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," menurut kenyataan itu.

Afghanistan bergantung pada pengimportan elektrik dari negara jiran seperti Uzbekistan, Tajikistan dan Turkmenistan yang menyumbang 80 peratus daripada sumber tenaga elektrik.

Pada 4 Oktober, bekas ketua DABS, Daud Noorzai, berkata bekalan elektrik ke Kabul mungkin akan mengalami gangguan pada musim sejuk kerana Taliban tidak membayar bil kepada negara pembekal dan tidak menyambung semula mengutip bayaran daripada pengguna.

- BERNAMA/RB/ha

Top