Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

ADUN Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pukul 4.45 pagi ini (11 Jan) akibat serangan jantung.

Anggaran Waktu Membaca:
ADUN Semenyih meninggal dunia akibat serangan jantung

(Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Jan 2019 10:12AM Dikemas Kini : 11 Jan 2019 10:14AM

SHAH ALAM: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pukul 4.45 pagi ini (11 Jan) akibat serangan jantung.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga di Batu 19, Jalan Sungai Lalang, Kolam Memancing Teratak Tekala, Semenyih.

“Jenazah akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih dan kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

“Ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan saya berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan golongan yang soleh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Mei tahun lepas, Allahyarham Bakhtiar yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menewaskan calon BN, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 8,964 undi.

Allahyarham yang juga Ketua Bahagian Bersatu Hulu Langat memperoleh 23,428 undi.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan