Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Adik kelar abang kerana tidak puas hati tentang kerja

Seorang pemilik bengkel peralatan besi cedera parah akibat dikelar adik lelakinya. Kejadian berlaku pada sebelah tengah hari, di hadapan bengkelnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Adik kelar abang kerana tidak puas hati tentang kerja

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 15 Dec 2018 07:56AM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 08:00AM

KEPALA BATAS: Seorang pemilik bengkel peralatan besi cedera parah akibat dikelar adik lelakinya. Kejadian berlaku pada sebelah tengah hari, di hadapan bengkelnya.

Mangsa, 36 tahun, berada di bengkel yang dibuka di hadapan rumahnya. Suspek - adik kandung mangsa - difahamkan bekerja dengannya sejak dua tahun lalu. Suspek berusia 23 tahun.

"Dipercayai berlaku pertengkaran antara mereka sebelum adiknya tiba-tiba mengambil sebilah pisau yang berada di rak kasut dan terus memeluk abangnya dari arah belakang sebelum mengelar bahagian hadapan leher lelaki itu.

"Beberapa orang yang berada berhampiran tempat kejadian terus bergegas memberi pertolongan kepada mangsa sebelum menghantarnya ke sebuah klinik swasta berdekatan dan menghubungi polis," kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor.

Anggota polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan tersebut kemudian segera ke tempat kejadian dan berjaya menahan lelaki berkenaan. Sebilah pisau sepanjang 23 sentimeter turut dirampas.

ACP Noorzainy menambah, mangsa mendapatkan rawatan bagi luka di bahagian leher sebelah kanan dan menerima tujuh jahitan.

"Kejadian dipercayai berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dengan abangnya yang menekan dan menegurnya tidak membuat kerja mengimpal serta membersihkan besi yang akan digunakan untuk membuat pagar yang ditempah pelanggan," katanya.

Beliau berkata ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah, namun lelaki itu mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes dadah. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan