Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Acara pertemuan keluarga Korea Selatan dan Korea Utara berakhir setelah berlangsung 3 hari

Kaum-kaum keluarga Korea Selatan dan Korea Utara yang terpisah akibat Perang Korea mengucapkan selamat jalan yang memilukan kepada satu sama lain hari ini (26 Ogos) di akhir acara pertemuan semula pusingan kedua.

Anggaran Waktu Membaca:
Acara pertemuan keluarga Korea Selatan dan Korea Utara berakhir setelah berlangsung 3 hari
Diterbitkan : 26 Aug 2018 08:38PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 08:51PM

KOREA UTARA: Kaum-kaum keluarga Korea Selatan dan Korea Utara yang terpisah akibat Perang Korea mengucapkan selamat jalan yang memilukan kepada satu sama lain hari ini (26 Ogos) di akhir acara pertemuan semula pusingan kedua.

Acara perjumpaan keluarga itu berlangsung sepanjang tiga hari di pusat peranginan Gunung Kumgang, Korea Utara.

Lebih 300 rakyat Korea Selatan daripada 81 keluarga berpeluang melepaskan rindu kepada sanak-saudara mereka yang terpisah di Korea Utara.

Kumpulan ini di antara berjuta-juta rakyat Korea yang dipisahkan daripada kaum keluarga mereka akibat konflik yang melanda negara itu semasa perang antara 1950 hingga 1953.

Mereka merupakan mangsa kemelut berdekad-dekad lamanya antara kedua-dua negara Korea yang mana keadaan itu menjadi lebih tegang sejak beberapa tahun ini setelah Pyongyang melancarkan senjata nuklear dan program peluru berpandu.

Acara ini dipersetujui oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, semasa sidang puncak pertama mereka pada April lalu.

Sumber : CNA/FZ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan