Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abu Gunung Agung paksa lapangan terbang Bali ditutup buat hari ke-3

Pihak berkuasa Indonesia menutup lapangan terbang Bali untuk hari ketiga berturut-turut hari ini (29 Nov) susulan sebaran abu dari letusan Gunung Berapi Agung yang terus menyelubungi ruang udara lapangan terbang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Abu Gunung Agung paksa lapangan terbang Bali ditutup buat hari ke-3

Gunung Berapi Agung kelihatan meletus pada 28 November. (Gambar: SONNY TUMBELAKA/AFP)

Diterbitkan : 29 Nov 2017 08:14AM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 08:18AM

KARANGASEM, Indonesia: Pihak berkuasa Indonesia menutup lapangan terbang Bali untuk hari ketiga berturut-turut hari ini (29 Nov) susulan sebaran abu dari letusan Gunung Berapi Agung yang terus menyelubungi ruang udara lapangan terbang.

Gunung berapi yang terus mengeluarkan kepulan debu itu mengakibatkan ramai pelancong terkandas dan penduduk dipaksa pindah secara besar-besaran.

Dalam satu catatan twitter, seorang jurucakap lapangan terbang tersebut berkata bahawa Lapangan Terbang Gusti Ngurah akan terus ditutup dari 29 November hingga 30 November oleh sebab abu Gunung Agung.

Puluhan penduduk yang ketakutan sudahpun meninggalkan rumah mereka yang terletak berhampiran Gunung Agung ketika para pakar meletakkan tahap amaran di paras paling tinggi dan memberi amaran bahawa gunung terbabit boleh meletus pada bila-bila masa.

Asap tebal dari gunung berapi itu sejak minggu lalu dan mula memuntahkan debu ke udara beberapa hari kebelakangan ini, menyebabkan semua pesawat tidak dibenarkan terbang sehingga pagi Rabu.

“Amaran Abu Gunung Berapi menunjukkan bahawa laluan penerbangan diselubungi debu gunung berapi lantas membahayakan sebarang operasi penerbangan,” kata Wisnu Darjono, pegawai dari agensi trafik udara, AirNav.

Sekitar 40,000 penduduk sudahpun meninggalkan rumah mereka di zon bahaya tetapi sebanyak 100,000 lagi dijangka akan dipaksa berpindah, menurut para pegawai agensi bencana.

“Gunung berapi itu masih memuntahkan debu. Ia agak tebal dan semakin tinggi sehingga empat kilometer dari kawah,” kata Gede Suantika, seorang jurucakap dari agensi kajian gunung berapi Indonesia.

Zon pengecualian sekitar Gunung Agung iaitu 75 kilometer daripada pusat pelancongan, Kuta, di Bali juga diperluaskan kepada 10 kilometer.

Setakat ini, 443 penerbangan dibatalkan, menjejaskan lebih 120,000 penumpang di Bali, sebuah destinasi percutian yang menarik jutaan pelancong asing setiap tahun.

Lapangan terbang berhampiran di pulau Lombok yang juga sebuah destinasi tumpuan pelancong, dibuka dan ditutup sejak beberapa kali, beberapa hari lalu. Buat masa ini, ia dibuka tetapi para pegawai menjangkakan ia akan ditutup semula.

Gunung Berapi Agung kali terakhir meletus pada tahun 1963 membunuh sekurang-kurangnya 1,600 orang. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan