Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abu Bakar Bashir dibebaskan dari penjara

Pendakwah radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikaitkan dengan serangan bom Bali pada 2002, dibebaskan dari penjara pada Jumaat (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Abu Bakar Bashir dibebaskan dari penjara

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 Jan 2021 10:28AM Dikemas Kini : 08 Jan 2021 10:32AM

JAKARTA: Pendakwah radikal Indonesia, Abu Bakar Bashir yang dikaitkan dengan serangan bom Bali pada 2002, dibebaskan dari penjara pada Jumaat (8 Jan).

Bashir, 82 tahun, dijatuhi hukuman penjara pada 2011 kerana terlibat dalam kem latihan militan di wilayah Aceh di Indonesia.

Hukuman penjara selama 15 tahun itu disingkatkan atas tingkah laku yang baik dan keadaan kesihatannya yang semakin uzur.

Pendakwah itu dianggap sebagai pemimpin Jemaah Islamiyah (JI), sebuah rangkaian pelampau yang ada kaitan dengan Al-Qaeda dan Bashir adalah antara yang dituduh merancang serangan bom Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang, sebahagian besar adalah warga Australia.

Sebelum dibebaskan, anak lelakinya Abdul Rochim Bashir memberitahu Mediacorp bahawa mereka tidak mempunyai rancangan untuk mengadakan sebarang majlis keramaian selepas bapanya dibebaskan dari penjara Gunung Sindur di wilayah Jawa Barat.

"Tiada rancangan... Kami akan membawanya pulang, itu sahaja," kata anak lelakinya yang juga merupakan seorang pendakwah.

Bashir dijangka akan menetap di Pondok Pesantren Al-Mukmin di Ngruki, Jawa Tengah bersama anak lelakinya. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan