Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abang tiri Kim Jong Un sumber maklumat CIA: Laporan

Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dibunuh di Malaysia pada 2017, merupakan pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Abang tiri Kim Jong Un sumber maklumat CIA: Laporan

Kim Jong Nam, anak lelaki pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il. (Gambar fail: AFP / TOSHIFUMI KITAMURA)

Diterbitkan : 11 Jun 2019 09:46AM Dikemas Kini : 11 Jun 2019 09:49AM

WASHINGTON: Kim Jong Nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang dibunuh di Malaysia pada 2017, merupakan pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, lapor Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin (10 Jun).

WSJ memetik "seseorang yang mengetahui tentang hal itu" namun tidak mendedahkan namanya dan menambah bahawa banyak butiran tentang hubungan Kim Jong Nam dengan CIA masih tidak jelas.

Reuters tidak dapat segera mengesahkan laporan itu, manakala CIA enggan mengulas.

WSJ menukil individu tersebut yang berkata "terdapat perhubungan" antara CIA dengan Kim Jong Nam.

"Beberapa bekas pegawai Amerika Syarikat berkata bahawa abang tirinya yang tinggal di luar Korea Utara selama bertahun-tahun dan tidak mempunyai pangkalan kuasa di Pyongyang, tidak mungkin boleh memberikan butiran mengenai kerja dalaman negara berahsia itu," kata WSJ.

Para bekas pegawai itu bagaimanapun juga berkata bahawa Kim Jong Nam besar kemungkinan mempunyai hubungan dengan khidmat keselamatan di negara-negara lain, terutamanya China, kata WSJ.

Para pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat berkata bahawa pihak berkuasa Korea Utara memerintahkan pembunuhan Kim Jong Nam, yang telah mengkritik pemerintahan dinasti keluarganya.

Pyongyang menafikan dakwaan tersebut.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan