Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Abang Allahyarham Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia

Penceramah bebas, Ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Abang Allahyarham Dr Haron Din, Ustaz Ishak Din meninggal dunia

Allahyarham Ustaz Ishak Din. (Gambar: Facebook/ Iskandar Abdul Samad)

Diterbitkan : 14 Nov 2016 11:27PM Dikemas Kini : 14 Nov 2016 11:36PM

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Ustaz Ishak Din, yang juga abang kepada bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 5.41 petang hari ini (14 Nov).

Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Abu Hassan Din Al-Hafiz ketika dihubungi Bernama.

Menurut Abu Hassan, keadaan kesihatan abangnya yang berusia 78 tahun itu semakin merosot selepas menjalani pembedahan jantung di pusat perubatan itu pada Jumaat lepas.

"Allahyarham tidak sedarkan diri dan berada dalam keadaan koma selepas selesai menjalani pembedahan jantung itu," katanya.

"Pemergian arwah satu kehilangan besar kerana beliau antara tokoh agama yang disegani dan dihormati," kata Ketua Penerangan PAS Nasharuddin Hassan, ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut laporan Sinar Harian, pemergian Allahyarham sudah dijangkakan oleh ahli keluarga memandangkan kesihatan Allahyarham kurang stabil kebelakangan ini.

Demikian menurut adik perempuannya Che Bi Din, 60 tahun.

"Ahad lepas kami sekeluarga ada pergi melawat beliau. Masa itu beliau dah kelihatan lemah. Dia ada minta saya picit-picit badan dia dengan suara yang sangat perlahan," kata beliau.

Abu Hassan juga berkata jenazah akan dibawa pulang ke kediamannya di Taman Keramat malam ini dan disolatkan di Masjid Al-Ansar Taman Keramat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat esok pagi (15 Nov). 

LAPORAN BERKAITAN: 

Sumber : Bernama/Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan