Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

95% kebakaran berlaku semasa penghuni sedang tidur

Kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dari Januari hingga 16 Nov tahun ini, didapati meninggal dunia ketika sedang tidur, kata Penolong Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Hamdan Wahid.

Anggaran Waktu Membaca:
95% kebakaran berlaku semasa penghuni sedang tidur

Gambar fail satu kejadian kebakaran di Malaysia. (Gambar: Francis Silvan/AFP)

Diterbitkan : 19 Nov 2017 11:27AM Dikemas Kini : 19 Nov 2017 11:29AM

PORT DICKSON: Kira-kira 95 peratus daripada 122 mangsa yang maut semasa kebakaran di seluruh Malaysia dari Januari hingga 16 Nov tahun ini, didapati meninggal dunia ketika sedang tidur, kata Penolong Ketua Pengarah (Latihan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Hamdan Wahid.

Encik Hamdan berkata kebanyakan penghuni yang maut dalam kebakaran yang berlaku antara pukul 12.00 tengah malam hingga pukul 4.00 pagi iaitu ketika mangsa sedang nyenyak tidur.

Encik Hamdan menambah, statistik kematian akibat kebakaran di rumah dari awal Januari hingga 16 November ini, juga menunjukkan peningkatan kepada 122 kes kematian berbanding 80 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

"Peratusan ini meningkat akibat kecuaian dan juga kealpaan penghuni kerana mengambil ringan soal keselamatan di dalam rumah dengan tidak menyediakan alat pengesan asap dan juga alat pemadam api di kediaman mereka.

Oleh itu pihak bomba sedang giat melakukan 'jangkau luar' untuk menyampaikan maklumat kepada anggota masyarakat dengan memberikan taklimat dan kempen serta memberi 'alat pengesan asap' selain ‘alat pemadam api’ untuk diletakkan di dalam rumah'," kata Encik Hamdan dalam satu sidang media semalam (18 Nov).

Mengulas lanjut, Encik Hamdan berkata sekiranya terdapat mana-mana persatuan ataupun masyarakat yang berhasrat untuk mendapatkan taklimat mengenai tindakan awal jika berlaku kebakaran, mereka diminta datang ke balai bomba berdekatan.

BANTUAN DIHULURKAN BAGI PARA MANGSA KEBAKARAN

Sementara itu, Encik Hamdan berkata sejak 2012, sebanyak 180 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran sudah dibina semula di bawah program pembinaan semula rumah yang menelan kos bernilai RM7.28 juta (S$2.38 juta) secara keseluruhannya.

Beliau berkata projek ini bermatlamat untuk membantu golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah supaya mereka ada tempat untuk berteduh selepas rumah mereka musnah dijilat api. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan