Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

94.2% penduduk dewasa M'sia lengkap divaksin COVID-19

Seramai 23,265,448 individu atau 71.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Anggaran Waktu Membaca:
94.2% penduduk dewasa M'sia lengkap divaksin COVID-19

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 01:13PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 01:15PM

KUALA LUMPUR: Seramai 23,265,448 individu atau 71.2 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, 77.4 peratus atau 25,285,399 daripada populasi keseluruhan menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi dewasa, seramai 22,047,448 individu atau 94.2 peratus menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat ini.

Manakala, 97.3 peratus atau 22,775,864 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.6 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.8 peratus), Pulau Pinang (97 peratus), Perlis (96.3 peratus), Johor (95.2 peratus), Melaka (91.5 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.5).
Ini diikuti Kedah (85.5 peratus), Perak (84.9 peratus) dan Pahang (83.8 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (71.3 peratus), diikuti Kelantan (77.1 peratus).

Selain itu, seramai 1,218,000 atau 38.7 peratus daripada populasi remaja sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Terdapat pertambahan 256,497 dos diberikan semalam (20 Okt), membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 48,437,608 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan