Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

90% penduduk dunia menghirup udara tercemar

Lebih 90 peratus penduduk dunia menghirup udara dengan kandungan pencemaran yang tinggi dan ia meragut nyawa 7 juta penduduk setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini (2 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 May 2018 05:50PM Dikemas Kini : 02 May 2018 10:07PM

GENEVA: Lebih 90 peratus penduduk dunia menghirup udara dengan kandungan pencemaran yang tinggi dan ia meragut nyawa 7 juta penduduk setiap tahun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini (2 Mei).

Data terbaru dari badan kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menunjukkan meskipun ia menjejas penduduk di setiap pelusuk dunia, keadaannya lebih teruk di negara-negara miskin.

"Pencemaran udara mengancam setiap orang, tetapi golongan paling miskin dan terbiar harus memikul beban yang lebih berat lagi," kata ketua WHO Adhanom Ghebreyesus dalam satu kenyataan.

Kajian WHO itu, yang mengkaji paras bahaya pencemaran udara kepada kesihatan di luar dan dalam rumah, mendapati bahawa "sekitar tujuh juta orang meninggal setiap tahun akibat terdedah kepada jumlah partikel halus di udara yang tercemar".

Lebih 90 peratus kematian dikaitkan dengan pencemaran udara yang berlaku di negara-negara berpendapatan sederhana atau miskin, sebilangan besar berada di Asia dan Afrika, menurut kajian tersebut.

"Ini satu masalah yang amat penting yang kita hadapi," kata Maria Neira ketua jabatan kesihatan dan sekitaran awam WHO kepada para wartawan.

Pencemaran udara menyumbang kepada penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung, barah paru-paru dan jangkitan sistem pernafasan seperti radang paru-paru, menurut WHO.  

Sumber : AFP/FA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan