Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 orang mati akibat selesema babi di Maghribi

Satu penularan selesema babi kini melanda Maghribi dan ia sudah mengakibatkan sembilan orang maut sejak seminggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
9 orang mati akibat selesema babi di Maghribi

Satu penularan selesema babi kini melanda Maghribi dan sudah meragut nyawa sembilan orang. (Gambar: Sam Panthaky/AFP)

Diterbitkan : 02 Feb 2019 10:28PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 10:33PM

RABAT: Satu penularan selesema babi kini melanda Maghribi dan ia sudah mengakibatkan sembilan orang maut sejak seminggu lalu, menurut Kementerian Kesihatan negara itu.

Namun demikian, Menteri Kesihatannya, Anas Doukkali, ditukil agensi berita rasmi Maghribi, MAP, sebagai berkata bahawa penularan virus H1N1 itu adalah "normal" pada waktu begini setiap tahun.

Kematian pertama di negara akibat selesema babi dilaporkan oleh media tempatan pada Rabu (30 Jan) setelah pelbagai berita angin tersebar di media sosial sebelum itu.

"Usaha-usaha berwaspada terus mampu mengesan kemungkinan kes-kes baru di hospital-hospital berlainan dalam kerajaan ini," menurut jurucakap kerajaan, Encik Mustapha Khalfi.

H1N1 adalah penyakit pernafasan yang dijangkiti menerusi perhubungan antara manusia dengan babi. Ia disebarkan antara manusia menerusi pernafasan.

Satu penularan besar H1N1 pernah tercetus pada Jun 2009, sehingga Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terpaksa mengeluarkan amaran wabak. Virus tersebut membunuh 18,500 orang di 214 negara sebelum ia akhirnya terkawal dan amaran wabak WHO itu ditarik balik pada Ogos 2010.

Sumber : AFP/DY/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan