Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut, lebih 50 cedera dalam kebakaran setinggan

Sekurang-kurangnya sembilan orang mati manakala lebih 50 lagi cedera dalam satu kebakaran yang memusnahkan sekitar 200 rumah di sebuah kawasan setinggan di bandar pelabuhan Bangladesh ini pagi tadi (17 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut, lebih 50 cedera dalam kebakaran setinggan

Sembilan orang mati, lebih 50 lagi cedera dalam kebakaran yang memusnahkan sekitar 200 rumah di sebuah kawasan setinggan di Bangladesh. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 04:13PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 04:16PM

CHITTAGONG: Sekurang-kurangnya sembilan orang mati manakala lebih 50 lagi cedera dalam satu kebakaran yang memusnahkan sekitar 200 rumah di sebuah kawasan setinggan di bandar pelabuhan Bangladesh ini pagi tadi (17 Feb).

Kebakaran di setinggan Pasar Bhera itu bermula sekitar 3.30 pagi ketika ramai penduduk masih tidur.

Sembilan orang yang mati termasuk empat anggota sebuah keluarga.

Para anggota dari empat balai bomba yang dikejarkan ke kawasan itu bertungkus-lumus selama lima jam sebelum dapat mengawal apinya.

Seorang pegawai bomba berkata kebakaran berkenaan mungkin berpunca daripada litar pintas.

Pihak berkuasa Chittagong sudahpun menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat punca sebenarnya.

Bangladesh adalah sebuah negara miskin yang tidak mengambil berat peraturan keselamatan dan ribuan rakyat negara itu terbunuh setiap tahun akibat pelbagai jenis kemalangan.

Sumber : Reuters/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan