Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut apabila bangunan runtuh di Korea Selatan

Sembilan orang maut dan lagi lapan cedera parah setelah sebuah bangunan roboh di selatan Korea Selatan pada Rabu (9 Jun), menyebabkan serpihan runtuhan itu menghempap sebuah bas, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
9 maut apabila bangunan runtuh di Korea Selatan

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 10 Jun 2021 12:22PM Dikemas Kini : 10 Jun 2021 12:23PM

SEOUL: Sembilan orang maut dan lagi lapan cedera parah setelah sebuah bangunan roboh di selatan Korea Selatan pada Rabu (9 Jun), menyebabkan serpihan runtuhan itu menghempap sebuah bas, lapor media tempatan.

Konkrit daripada bangunan yang sedang dirobohkan ketika itu, menghempap sebuah bas yang sedang berhenti di sebuah stesen berhampiran tapak binaan itu, lapor agensi berita Yonhap.

Para pegawai kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian di bandar selatan Gwangju berjaya menyelamatkan lapan individu, yang kesemuanya cedera parah, menurut Agensi Kebakaran Nasional dalam kenyataannya.

Ia tidak pula menyatakan sama ada lapan individu itu berada dalam bas atau bangunan berkenaan. Juga tidak segera diketahui sama ada terdapat orang yang berada dalam bangunan itu semasa ia roboh.

Menurut Yonhap, ramai mangsa runtuhan itu adalah penumpang bas. Ia juga menyatakan bahawa dua kereta sebelum ini turut terhempap oleh runtuhan itu namun kemudian disahkan oleh pihak berkuasa bahawa mereka nyaris-nyaris ditimpa oleh runtuhan itu.

Para pegawai agensi kebakaran berkata mereka masih mencari mangsa-mangsa lain yang mungkin terperangkap di bawah runtuhan itu.

Rakaman video kejadian menunjukkan berpuluh-puluh pekerja penyelamat membawa usungan dan tuil besi untuk mencari mangsa manakala mesin penggali mengorek runtuhan konkrit dan palang-palang besi yang bertaburan di jalan raya.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan