Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 maut, 38 hilang akibat gempa Hokkaido

Dalam kejadian gempa di Hokkaido pada awal pagi tadi (4 Sep), sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 38 yang lain dilaporkan masih hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Sep 2018 09:41PM Dikemas Kini : 06 Sep 2018 11:59PM

TOKYO: Dalam kejadian gempa di Hokkaido pada awal pagi tadi (4 Sep), sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala 38 yang lain dilaporkan masih hilang.

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe memerintahkan kerahan lebih 20,000 askar untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Gempa sekuat 6.6 pada skala Rikter itu juga mencetuskan kejadian tanah runtuh dan menyebabkan rumah 5.3 juta penduduk terputus bekalan elektrik.

Sebuah loji janakuasa menggunakan arang batu yang membekalkan elektrik ke separuh daripada pulau Hokkaido dilaporkan mengalami kerosakan.

Di bandar Abira, dekat dengan pusat gempa, banyak bangunan runtuh dan ratusan orang terperangkap akibat kejadian tanah runtuh.

Pihak berkuasa menganggarkan ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu sebelum bekalan elektrik dapat dipulihkan semula.

Semua khidmat kereta api juga digantung.

Beberapa gegaran susulan turut dilaporkan tetapi tiada amaran tsunami yang dikeluarkan.

Operasi menyelamat masih diteruskan.

Sumber : CNA/AA/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan