Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 lelaki diberkas curi mesin Bitcoin

Polis menahan sembilan individu berhubung kes pencurian mesin bitcoin bernilai lebih RM1 juta (S$340,000) menerusi enam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Sarawak dari 23 Februari hingga 26 Februari.

Anggaran Waktu Membaca:
9 lelaki diberkas curi mesin Bitcoin

(Gambar: Justin Tallis/ AFP).

Diterbitkan : 28 Feb 2018 11:29AM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 11:30AM

KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu berhubung kes pencurian mesin bitcoin bernilai lebih RM1 juta (S$340,000) menerusi enam serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang dan Sarawak dari 23 Februari hingga 26 Februari.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata semua lelaki berusia 20 hingga 40 tahun itu ditahan hasil risikan kegiatan jual beli peralatan mesin bitcoin dalam talian di laman web jual beli dan Facebook.

Berdasarkan laporan yang diterima, sebanyak 153 mesin bitcoin termasuk mesin jana kuasa yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta (S$340,000) dilaporkan hilang di Serdang dari 17 Januari hingga 15 Februari lalu, kata ACP Megat.

“Polis turut merampas sejumlah 58 peralatan mesin berkaitan server bitcoin yang berharga lebih daripada RM500,000 (S$170,000).

Kesemua pesalah terdiri daripada penjual (yang mencuri), orang tengah serta pembeli mengaku menjual dan membeli mesin bitcoin curi,” kata ACP Megat.

Beliau berkata kejayaan operasi tersebut menyelesaikan dua daripada lima aduan kes curi mesin bitcoin di daerah itu sejak awal tahun ini.

Menurut ACP Megat lagi, polis sedang mengesan beberapa individu lain yang terbabit dengan kes itu termasuk seorang lelaki yang merupakan dalang dalam kegiatan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 357 Kanun Keseksaan, Sekyen 457 dan Seksyen 411 akta yang sama kerana mencuri dan memiliki barang curi. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan