Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

9 daripada 10 pesakit yang pulih COVID-19 alami kesan sampingan: Kajian Korea Selatan

Sembilan daripada setiap 10 pesakit virus korona dilaporkan mengalami kesan sampingan seperti lelah, kesan psikologi selepas jangkitan dan kehilangan deria hidu dan rasa selepas pulih daripada penyakit itu, menurut kajian awal oleh Korea Selatan.

Anggaran Waktu Membaca:
9 daripada 10 pesakit yang pulih COVID-19 alami kesan sampingan: Kajian Korea Selatan

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 10:58PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 11:11PM

SEOUL: Sembilan daripada setiap 10 pesakit virus korona dilaporkan mengalami kesan sampingan seperti lelah, kesan psikologi selepas jangkitan dan kehilangan deria hidu dan rasa selepas pulih daripada penyakit itu, menurut kajian awal oleh Korea Selatan.

Hasil kajian itu didedahkan sedang angka korban sedunia akibat COVID-19 melepasi 1 juta pada Selasa (29 Sep), satu paras menggerunkan dalam satu pandemik yang telah menghancurkan ekonomi sejagat, melumpuhkan sistem kesihatan dan mengubah cara hidup.

Dalam tinjauan online ke atas 965 pesakit COVID-19 yang pulih, 879 orang atau 91.1 peratus berkata bahawa mereka menderita sekurang-kurangnya satu kesan sampingan daripada penyakit itu, kata pegawai Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) Kwon Jun-wook semasa satu taklimat.

Lelah adalah kesan sampingan yang paling biasa dialami dengan 26.2 peratus melaporkan mengalaminya, diikuti dengan kesukaran menumpukan perhatian yang diakui 24.6 peratus pesakit, kata Encik Kwon.

Kesan sampingan psikologi atau mental dan kehilangan deria rasa atau bau turut dilaporkan.

Kim Shin-woo, profesor perubatan dalaman di Sekolah Perubatan Kebangsaan Kyungpook di Daegu, meminta maklum balas daripada 5,762 pesakit yang pulih di Korea Selatan dan 16.7 peratus daripada mereka mengambil bahagian dalam tinjauan itu, kata Encik Kwon.

Meskipun kajian itu dilakukan secara online buat masa ini, penyelidik utama Prof Kim akan tidak lama lagi menerbitkan kajian itu dengan analisis terperinci, tambahnya.

Korea Selatan juga sedang melakukan satu kajian berasingan dengan kira-kira 16 badan perubatan mengenai komplikasi yang mungkin timbul dari penyakit ini melalui analisis terperinci yang melibatkan imbasan CT pada pesakit yang pulih tahun depan, kata Encik Kwon dalam taklimat itu.


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan