Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

85% pengundi selatan Filipina sokong kuasa autonomi lebih besar

85 peratus pengundi di wilayah selatan Filipina menyokong usul memberi kuasa autonomi lebih besar kepada wilayah mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
85% pengundi selatan Filipina sokong kuasa autonomi lebih besar
Diterbitkan : 26 Jan 2019 08:07PM Dikemas Kini : 26 Jan 2019 08:11PM

FILIPINA: 85 peratus pengundi di wilayah selatan Filipina menyokong usul memberi kuasa autonomi lebih besar kepada wilayah mereka.

Keputusan pungutan suara pada Isnin lalu itu meningkatkan harapan bagi mewujudkan keamanan di wilayah Mindanao yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Pungutan suara itu adalah hasil daripada proses damai yang begitu lama dan penuh kesukaran antara pihak pemisah dengan beberapa pemerintah Filipina.

Ia bertujuan menamatkan konflik bersenjata di Mindanao yang sudah berlarutan puluhan tahun, menjadikannya salah satu wilayah paling miskin di Asia.

Di bawah rancangan autonomi lebih luas itu, sebuah wilayah Bangsamoro akan dibentuk.

Wilayah itu akan mempunyai kuasa lebih besar untuk menjana dan melabur lebih banyak wang dalam prasarana, sekolah, jagaan kesihatan dan kebajikan sosial.
Pemerintah pusat di Manila pula bertanggungjawab dalam soal pertahanan, keselamatan dan ehwal luar dan dasar kewangan.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan