Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

84 maut dalam ribut kuat Mozambique

84 orang terkorban selepas ribut kuat melanda Mozambique di selatan Afrika.

Anggaran Waktu Membaca:
84 maut dalam ribut kuat Mozambique
Diterbitkan : 19 Mar 2019 10:56PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 10:59PM

MOZAMBIQUE: 84 orang terkorban selepas ribut kuat melanda Mozambique di selatan Afrika.

Presiden Mozambique, Filipe Nyusi berkata jumlah kematian dikhuatiri mencecah lebih 1,000 orang selepas membuat lawatan ke kawasan terjejas.

Puting beliung 'Idai' membadai kota Beira di daerah tengah Mozambique, menyebabkan kerosakan pada 90 kawasan itu.

Lebih 100,000 orang kini dalam keadaan bahaya dengan kebanyakan mereka berteduh di atas pohon-pohon sambil menunggu bantuan.

Ribut itu juga menyebabkan talian komunikasi terputus dan jalan-jalan raya musnah.

Namun, ancaman terbesar yang melanda Mozambique kini adalah banjir akibat hujan lebat.

Puting beliung "Ida" turut melanda negeri jiran Zimbabwe menyebabkan 98 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 217 orang hilang.

Sumber : Agensi berita/HA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan