Images
  • britain
    (Gambar: Agensi berita)

83 rakyat Britain dikuarantin bagi virus COVID-19 dibenarkan pulang

BRITAIN: 83 orang yang menjalani kuarantin di Britain berkaitan virus COVID-19 sudah dibenarkan pulang ke rumah pada Khamis (13 Feb).

Mereka menjalani kuarantin di Hospital Arrow Park di Wirral dekat bandar Liverpool setelah dibawa pulang dari Wuhan dua minggu lalu.

Kerajaan Britain menyatakan kesemua mereka disahkan tidak dijangkiti virus COVID-19 sepanjang menjalani kuarantin.

Satu lagi kumpulan seramai 10 orang dijangka dibebaskan hujung minggu ini bergantung kepada hasil ujian kesihatan terbaru mereka.

Sejauh ini, Britain mempunyai sembilan kes jangkitan virus itu.

- APTN/HA/ha

Top