Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

80 hilang dalam tanah runtuh di Jepun

Pasukan penyelamat di Jepun bertungkus lumus mencari lebih 80 orang yang masih hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di bahagian tengah negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
80 hilang dalam tanah runtuh di Jepun

Para penyelamat menjalankan operasi pencarian dalam sebuah bangunan di tapak tanah runtuh di Izusan di Atami, wilayah Shizuoka, barat daya Tokyo, pada 4 Jul 2021. (Gambar: Kyodo News menerusi AP)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 05:07PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 05:08PM

TOKYO: Pasukan penyelamat di Jepun bertungkus lumus mencari lebih 80 orang yang masih hilang selepas hujan lebat menyebabkan tanah runtuh di bahagian tengah negara itu.

Lebih 1,000 anggota polis, bomba serta tentera menempuh hujan dan lumpur untuk terus mencari mangsa walaupun menghadapi risiko bencana kedua berlaku.

Bencana melanda bandar peranginan Atami pada hujung minggu lalu. Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh secara berturut-turut.

Kira-kira 130 rumah dan bangunan lain musnah. Jalan raya dan kenderaan juga ditenggelami air. 

Sumber : Reuters/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan