Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

80 doktor, paramedik jadi ‘Tok Mudim’ sukarela di Pattani

Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand.

Anggaran Waktu Membaca:
80 doktor, paramedik jadi ‘Tok Mudim’ sukarela di Pattani

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 14 Apr 2019 11:07PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 11:09PM

PATTANI: Sekumpulan doktor dari Malaysia menabur bakti dengan mengkhatankan kanak-kanak secara percuma di Pattani, selatan Thailand.

Diketuai Pakar Bedah Neurosurgeri Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Dr Nujaimin Udin, Program Khatan Amal Nusantara sudah mengkhatankan lebih 100 orang kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun di wilayah yang bergolak itu.

Beliau berkata seramai 80 orang doktor, paramedik khususnya dari HSNZ dan sukarelawan menyertai program kali ni.

Dr Nujaimin yang juga Pengerusi Pasca Siswazah Sultanah Zahirah (PGMES) berkata ini merupakan pembabitan kali keempat Program Khatan Amal Nusantara di selatan Thailand. “Kami berharap melalui program ini dapat membantu anak-anak fakir miskin di Pattani untuk berkhatan,” katanya kepada Bernama pada Ahad (14 Apr).

Sebelum ini, program sama pernah diadakan di Sungai Golok, Yala dan Narathiwat di selatan Thailand.

Program Khatan Amal Nusantara anjuran Persatuan Pembantu Perubatan (PPP) Terengganu itu diadakan sempena musim cuti sekolah di negara-negara seperti Vietnam, Kemboja dan Indonesia selain di Malaysia khususnya Sabah dan Sarawak.

“Kami sasarkan antara 100 hingga 150 kanak-kanak setiap program yang dianjurkan,” katanya.

Selain menyediakan khidmat berkhatan, Dr Nujaimin berkata para doktor dan sukarelawan juga menyampaikan peralatan persekolahan sumbangan rakyat Malaysia kepada anak-anak tersebut.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan