8 maut puting beliung Bulbul badai pantai India, Bangladesh
Lapan orang mati dan lebih dua juta penduduk terpaksa berpindah ke tempat-tempat perlindungan sementara sedang puting beliung Bulbul membadai kawasan pantai beberapa wilayah timur India dan Bangladesh, menurut pihak berkuasa pada Ahad (10 Nov).
BANGLADESH: Lapan orang mati dan lebih dua juta penduduk terpaksa berpindah ke tempat-tempat perlindungan sementara sedang puting beliung Bulbul membadai kawasan pantai beberapa wilayah timur India dan Bangladesh, menurut pihak berkuasa pada Ahad (10 Nov).
Puting beliung itu membawa angin sekencang 120 kilometer sejam apabila ia membadai pada lewat Sabtu (9 Nov), menyebabkan pelabuhan dan lapangan terbang di kedua-dua negara terpaksa ditutup.
Bagaimanapun, pihak berkuasa menyatakan puting beliung itu menjadi semakin lemah apabila bergerak jauh ke kawasan darat.
Puting beliung Bulbul melanda kawasan pantai di Sundarbans, iaitu kawasan hutan bakau terbesar di dunia yang melingkari Bangladesh dan India, dan merupakan tempat habitat spesis-spesis terancam termasuk harimau Bengal dan dolphin Irrawaddy.
Sekitar 2.1 juta penduduk di merata Bangladesh dipindah ke tempat-tempat perlindungan puting beliung.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.