Images
  • tembakan brazil
    Kereta jenazah dilihat di pekarangan sekolah Raul Brasil selepas insiden tembakan. (Gambar: Amanda Perobelli/REUTERS)

8 maut dek serangan tembakan di Brazil

SUZANO, BRAZIL: Dua bekas pelajar sebuah sekolah di Brazil menembak secara rambang di sekolah tersebut semalam (13 Mac) dan membunuh sekurang-kurangnya lima pelajar remaja serta dua pegawai sekolah sebelum membunuh diri.

10 orang, termasuk kedua-dua penyerang, terbunuh secara keseluruhannya, menurut polis Sao Paulo. Kebanyakan pelajar yang maut berusia 15 dan 16 tahun.

Polis mengenal pasti Guilherme Taucci Monteiro, 17 tahun dan Luiz Henrique de Castro, 25 tahun sebagai penyerang dalam insiden itu.

Lagi 10 orang, yang sebahagian besarnya kanak-kanak, mengalami kecederaan akibat tembakan tersebut dengan beberapa mangsa dalam keadaan parah, tambah polis.

Motif serangan tersebut masih belum diketahui.

- REUTERS/SM/sm

Top