8 maut, 7 hilang selepas kapal penumpang terbalik di China
Lapan orang lemas manakala tujuh yang lain masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik di sebatang sungai di wilayah Guizhou, barat daya China, pada Sabtu (18 Sep), menurut pihak berkuasa tempatan.
GUIYANG: Lapan orang lemas manakala tujuh yang lain masih hilang selepas sebuah kapal penumpang terbalik di sebatang sungai di wilayah Guizhou, barat daya China, pada Sabtu (18 Sep), menurut pihak berkuasa tempatan.
Nahas berlaku pada 4.50 petang di Sungai Zangke di perbandaran Zangke, bandar Liupanshui, lapor agensi berita Xinhua.
Setakat sehingga 8.10 pagi Ahad, 39 penumpang sudahpun diselamatkan.
Kapal itu boleh menampung had 40 orang dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti jumlah sebenar penumpang yang menaikinya ketika insiden berlaku.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.