Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

8 cedera akibat letupan di timur Afghanistan

Sekurang-kurangnya lapan orang awam cedera akibat letupan berhampiran sebuah klinik kesihatan di bandar Jalalabad, ibu kota Wilayah Nangarhar yang terletak di bahagian timur Afghanistan pada Isnin (25 Mac), lapor agensi berita China Xinhua yang memetik seorang pegawai tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
8 cedera akibat letupan di timur Afghanistan

Gambar fail pihak berkuasa Afghan di Jalalabad. (Gambar fail: Noorullah Shirzada/AFP)

Diterbitkan : 26 Mar 2019 07:42AM Dikemas Kini : 26 Mar 2019 01:39PM

JALALABAD: Sekurang-kurangnya lapan orang awam cedera akibat letupan berhampiran sebuah klinik kesihatan di bandar Jalalabad, ibu kota Wilayah Nangarhar yang terletak di bahagian timur Afghanistan pada Isnin (25 Mac), lapor agensi berita China Xinhua yang memetik seorang pegawai tempatan.

"Antara mangsa yang cedera ialah tiga wanita serta tiga kanak-kanak, dan mereka telah dipindahkan ke hospital wilayah oleh polis dan pasukan penyelamat," kata jurucakap kerajaan wilayah, Attaullah Khogyani.

Letupan itu berlaku di kawasan kejiranan Chaw-e-Mukhabarat di Daerah Polis 1 bandar tersebut pada sebelah pagi.

Beberapa kedai dan pejabat turut rosak, katanya sambil menambah bahawa mereka yang cedera tidak mengalami luka yang mengancam nyawa.

Sasaran letupan itu masih belum diketahui, namun Encik Khogyani berkata satu siasatan sedang dijalankan.

Penduduk Afghanistan terus menjadi mangsa konflik bersenjata apabila lebih 3,800 orang dilaporkan terbunuh manakala lebih 7,180 lagi cedera pada 2018, menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di negara itu.  

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan