Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7km tanpa pemandu; kereta api tergelincir di utara Milan

Pihak pendakwa raya pada Rabu (19 Ogos) membuka kertas siasatan ke atas kes sebuah kereta api yang tergelincir selepas berlepas dari stesen di utara Itali apabila pemandu dan konduktornya pergi berehat, menurut laporan media.

Anggaran Waktu Membaca:
7km tanpa pemandu; kereta api tergelincir di utara Milan

Sebuah kereta api tergelincir selepas berlepas dari stesen utara Itali apabila pemandu dan konduktornya pergi berehat. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 Aug 2020 11:59AM Dikemas Kini : 20 Aug 2020 12:00PM

ROME: Pihak pendakwa raya pada Rabu (19 Ogos) membuka kertas siasatan ke atas kes sebuah kereta api yang tergelincir selepas berlepas dari stesen di utara Itali apabila pemandu dan konduktornya pergi berehat, menurut laporan media.

Kereta api dengan hanya seorang penumpang itu bergerak sejauh kira-kira tujuh kilometer di utara Milan tanpa pemandu atau konduktornya, jelas syarikat kereta api tersebut.

Tiga orang termasuk penumpang berkenaan cedera ringan akibat insiden berkenaan.

Pendakwa raya membuka siasatan terhadap insiden itu selepas pihak pengurusan kereta api wilayah Trenord menyatakan bahawa "atas sebab yang belum dapat ditentukan", kereta api tersebut meninggalkan stesen Paderno "tanpa seorang kakitangan di dalamnya."

Sistem keselamatan kemudian mengarahkan kereta api itu ke bahagian landasan yang tidak digunakan di stesen Carnate-Usmate, menurut Trenord dalam kenyataannya.

Gambar-gambar di televisyen menunjukkan sebuah gerabak condong dan yang lain pula berada pada sudut 45 darjah di luar landasan. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan