Images
  • liquor
    Seorang penduduk di India membuat arak di rumah. (Gambar fail: Noah Seelam/AFP)

70 maut minum arak dicampur metanol

SAHARANPUR: Jumlah kematian disebabkan penjualan arak haram mengandungi metanol di bandar Uttar Pradesh dan Uttarkhand, India, naik kepada sekurang-kurangnya 70 mangsa.

Minuman keras yang mengandungi metanol boleh membawa maut jika dihasilkan di sekitaran bukan komersil.

Para doktor berkata jumlah itu mungkin akan meningkat lagi dengan lebih 20 orang masih lagi dirawat di hospital. Kejadian itu berlaku semasa satu perayaan di sana.

Lapan penjual dan pembuat arak haram sudah ditahan dan 35 pegawai pula digantung.

Kegiatan membuat arak di rumah adalah satu perkara yang biasa di India di mana bahan-bahan bahaya seperti ubat serangga sering digunakan.

Pihak berkuasa menyatakan arak itu mungkin berasal di Bihar, yang mana penjualan dan pembikinan arak diharamkan. 

- APTN/RU/aq

Top