Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 suspek ditahan merusuh semasa pemilihan PKR, Tanjong Karang

Polis Malaysia menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab.

Anggaran Waktu Membaca:
7 suspek ditahan merusuh semasa pemilihan PKR, Tanjong Karang

Gambar fail kereta polis di Malaysia. (Gambar: Manan Vatsyayana/AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 10:21AM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 10:23AM

SHAH ALAM: Polis Malaysia menahan tujuh individu bagi membantu siasatan kejadian merusuh semasa pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tanjong Karang, menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab.

Menurutnya kesemua lelaki berusia antara 19 dengan 49 tahun itu ditahan antara jam 9.00 malam sehingga jam 10.30 malam Isnin (29 Okt), setelah mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

"Selain merusuh, kedua-dua pihak dari kem yang bertanding dalam pemilihan itu juga ada melakukan ugutan sesama mereka. Kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana merusuh dan melakukan ugutan jenayah," menurut Encik Md Asri dalam satu kenyataan pada Isnin (29 Okt).

Menurut Encik Md Asri lagi, tiada individu mengalami kecederaan serius dalam kejadian berkenaan dan tiada sebarang senjata digunakan.

Kelmarin (28 Okt), berlaku kekecohan ketika pemilihan PKR cabang itu yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang apabila penyokong dua calon Ketua Cabang bergaduh kerana berebut pengundi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang apabila penyokong calon yang bertanding masing-masing cuba memujuk pengundi di pintu masuk, sebelum kekecohan tercetus sehingga mengakibatkan insiden tumbuk-menumbuk serta berbaling kerusi.

Insiden itu berlaku hampir seminit sebelum berjaya dileraikan pihak polis dan anggota parti.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan