Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel dalam bantahan di Gaza

Tentera Israel menembak mati tujuh orang Palestin termasuk dua remaja lelaki dalam pertempuran paling ganas dalam masa lebih empat bulan, antara askar-askar Israel dengan penunjuk perasaan Palestin.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2018 04:05PM Dikemas Kini : 29 Sep 2018 10:40PM

GAZA: Tentera Israel menembak mati tujuh orang Palestin termasuk dua remaja lelaki dalam pertempuran paling ganas dalam masa lebih empat bulan, antara askar-askar Israel dengan penunjuk perasaan Palestin.

Tunjuk perasaan di sempadan Carikan Gaza semalam (28 Sep), itu adalah sebahagian daripada bantahan mingguan yang dilancarkan sejak enam bulan lalu.

Tentera Israel mendakwa penunjuk perasaan melontar bahan letupan dan batu di beberapa tempat.

Israel juga menuduh Hamas bertanggungjawab atas kegelisahan terbaru ini.

Para pegawai kesihatan Palestin berkata 505 orang cedera, 89 daripadanya akibat kesan tembakan. Dua daripada mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai remaja lelaki berusia 12 dan 14 tahun.

Sekurang-kurangnya 191 orang Palestin terbunuh sejak bantahan antipendudukan Israel bermula pada 30 Mac lalu.

Hamas menyatakan tunjuk perasaan pada Jumaat (28 Sep) menandakan ulang tahun ke-18 pemberontakan rakyat Palestin menentang Israel.  

Sumber : Reuters/MM/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan