Images
  • SNOW

7 maut akibat ribut salji di bahagian tengah AS

MISSOURI: Ribut salji yang melanda bahagian tengah Amerika Syarikat sejak lima hari lalu, sudah mengorbankan tujuh orang.

Di Missouri, Kansas dan beberapa negeri lain bekalan elektrik terputus, menjejas lampu trafik dan aliran lalulintas.

Salji setebal 26 sentimeter dicatat di negeri itu, yang paling buruk dalam masa 100 tahun.

Sehingga semalam (12 Jan) ribut salji tebal sudah menyebabkan lebih 700 kemalangan jalan raya, dan 48 cedera.

Dua lapangan terbang utama di Chicago terjejas teruk sehingga menyebabkan penerbangan tertangguh.

Para pekerja dan kenderaan berat juga dikerah untuk membersihkan longgokan salji yang menutupi jalan raya.

Jarak penglihatan merosot kepada 400 meter sahaja, dan salji tebal itu dijangka akan berterusan beberapa hari lagi.

- Agensi berita/SS/na

Top