Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 ikan paus ditemui mati di Indonesia

Tujuh ekor ikan paus pandu (pilot whale) ditemui mati di sebuah pantai di bahagian timur Indonesia, menurut seorang pegawai hari ini (12 Okt), selepas 17 ekor terdampar di kawasan terpencil.

Anggaran Waktu Membaca:
7 ikan paus ditemui mati di Indonesia
Diterbitkan : 12 Oct 2019 10:06PM Dikemas Kini : 12 Oct 2019 10:08PM

KUPANG: Tujuh ekor ikan paus pandu (pilot whale) ditemui mati di sebuah pantai di bahagian timur Indonesia, menurut seorang pegawai hari ini (12 Okt), selepas 17 ekor terdampar di kawasan terpencil.

Penduduk dari Kampung Menia berhampiran dapat menyelamatkan 10 daripada ikan paus itu yang berukuran tiga hingga empat meter panjang, dalam satu percubaan menyelamat pada Jumaat (11 Okt).

"Terdapat kesan melecet pada tubuh haiwan itu akibat terkena batu," kata ketua agensi pemuliharaan marin Ikram Sangaji.

Enam ekor ikan paus itu ditanam melalui satu upacara tradisional tetapi seekor daripadanya dipotong oleh sesetengah penduduk untuk mengambil dagingnya, katanya.

Pihak berkuasa mengambil sampel bangkai ikan-ikan paus itu untuk menyiasat kematian yang berlaku dan mengapa haiwan itu terdampar.

Sangaji berkata pada 2012, lebih 40 ikan paus ditemui terdampar di pantai Kolo Udju di kawasan perairan Kampung Menia, di timur Nusa Tenggara.

Rentetan arus di pantai membawa bahaya kepada ikan-ikan paus kerana mudah terperangkap dalam kalangan terumbu karang semasa ombak besar, katanya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan