Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

7 cedera ditikam di Paris

Tujuh orang cedera termasuk dua pelancong Britain pada Ahad (9 Sep) selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau dan batang besi, menurut pihak polis dan beberapa sumber.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2018 08:58AM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 10:29PM

PARIS: Tujuh orang cedera termasuk dua pelancong Britain pada Ahad (9 Sep) selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau dan batang besi, menurut pihak polis dan beberapa sumber.

Seorang sumber menyatakan suspek sudah diberkas dan dipercayai adalah warga Afghanistan.

"Setakat ini tiada petanda menunjukkan ia serangan pengganas" menurut sumber-sumber yang turut menyatakan penyerang menyasarkan orang awam yang tidak dikenali.

Empat daripada tujuh mangsa berada dalam keadaan kritikal, menurut pihak polis.

Kejadian berlaku sekitar 11.00 malam (5.00 pagi waktu Singapura) di tebing terusan besar di timur laut ibu kota Perancis itu.

Seorang pengawal keselamatan di sebuah panggung wayang dekat Canal de l'Ourcq berkata beliau melihat penyerang berkenaan dikejar oleh dua lelaki lain yang cuba menghalangnya.

"Dia mencampak batang besi ke arah lelaki-lelaki yang mengejarnya dan kemudian mengeluarkan pisau," kata pengawal keselamatan itu.

Menurut sumber undang-undang, satu siasatan polis dilancarkan atas kesalahan cuba membunuh

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan