7.18 bilion dos vaksin COVID-19 diberikan di seluruh dunia
Jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi Sabtu (6 Nov) kini mencecah 7.18 bilion.
WASHINGTON: Jumlah dos vaksin COVID-19 yang sudah didaftar atau disuntik di seluruh dunia setakat pagi Sabtu (6 Nov) kini mencecah 7.18 bilion.
Menurut data oleh Universiti John Hopkins, sebanyak 7,187,147,330 dos vaksin sudah didaftar atau disuntik di peringkat global.
China mendahului negara-negara lain dengan lebih 2.3 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.
Ini diikuti India dengan 1.079 bilion dos dan Amerika Syarikat dengan lebih 425 juta dos.
Brazil mencatatkan lebih 277 juta dos, sementara Jepun melebihi 191 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului negara-negara lain dengan 202 juta dos sudah diberikan.
Ini disusuli dengan Thailand yang sudah menyuntik lebih 78 juta dos, Filipina dengan sebanyak 62 juta dan Malaysia dengan 50 juta dos.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.