Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 warga M'sia berdepan hukuman mati setelah ditahan seludup 37kg dadah syabu

Enam warga Malaysia ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan 37 kilogram dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Anggaran Waktu Membaca:
6 warga M'sia berdepan hukuman mati setelah ditahan seludup 37kg dadah syabu

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 12 Jun 2019 12:27AM Dikemas Kini : 12 Jun 2019 12:30AM

JAKARTA: Enam warga Malaysia ditahan disyaki terbabit dalam penyeludupan dadah jenis syabu menggunakan kapal layar mewah.

Polis Indonesia menemui dadah jenis syabu seberat 37 kilogram dalam kapal layar Carron Layner, yang berlabuh di Dermaga Batavia Sunda Kelapa, Jakarta Utara, pada 9.30 malam, 4 Jun.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Indonesia Krisno Siregar, kapal itu dipercayai belayar dari Johor ke Jakarta pada hari yang sama.

Lima suspek rakyat Malaysia yang ditahan itu berasal dari Johor, manakala seorang lagi berasal dari Perak, katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dadah berkenaan dipercayai berasal dari Myanmar.

Semua suspek kini ditahan polis dan kes itu disiasat di bawah Pasal 114 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2019 berkaitan Dadah, dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati.

Sumber : Bernama/DIWAI/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan