Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

6 pengganas diberkas, termasuk seorang yang pernah rancang lancar roket ke Marina Bay

Pihak berkuasa Indonesia sudah menangkap enam suspek pengganas, termasuk ketua kumpulan yang sebelum ini merancang untuk melancarkan roket dari Batam untuk menyerang Marina Bay di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Aug 2016 03:00PM Dikemas Kini : 06 Aug 2016 03:48AM

SINGAPURA: Pihak berkuasa Indonesia sudah menangkap enam suspek pengganas, termasuk ketua kumpulan yang sebelum ini pernah merancang untuk melancarkan roket dari Batam untuk menyerang Marina Bay di Singapura.

Lelaki-lelaki itu, berusia antara 19 hingga 46 tahun, diberkas di beberapa lokasi di Batam. Senjata-senjata juga ditemui di salah satu lokasi itu, sebuah kompleks perumahan, menurut laporan-laporan media Indonesia.

Keenam-enam mereka dipercayai daripada kumpulan pengganas KGR@Katibah GR - yang pemimpinnya, Gigih Rahmat Dewa, 31 tahun, dikatakan mendalangi satu komplot untuk menyerang Marina Bay.

Lagi lima suspek yang ditangkap ialah: Trio Syafrido, 46, kakitangan bank, dan para pekerja kilang Eka Saputra, 35; Tarmidzi, 21; Hadi Gusti Yanda, 20; dan M Tegar Sucianto, 19. Kumpulan itu disyaki merahsiakan penyeludupan dua warga Uighur, menurut polis Indonesia.

"Ya, memang ada rancangan untuk melancarkan serangan. Namun rancangan itu tidak menjadi," kata jurucakap polis negara Boy Rafli Amar seperti ditukil laporan-laporan tersebut.

(Gambar: Facebook/Rauf Utami)

(Gambar: Facebook/Rauf Utami)

Rancangan untuk melancarkan roket berpandu dari Batam dilancarkan dengan bantuan Bahrun Naim, seorang warga Indonesia yang bertempur dengan kumpulan militan ISIS di Syria, menurut laporan-laporan media.
Naim dipercayai antara dalang satu serangan pada Januari lalu di tengah Jakarta, di mana lapan orang terkorban, termasuk empat penyerang.

Gigih Rahmat disyaki menerima dan menyalurkan dana untuk kegiatan-kegiatan radikal daripada Bahrun.

Encik Boy Rafli menambah polis masih belum mengenal pasti motif di sebalik komplot itu mahupun bila para suspek itu merancang untuk melancarkan serangan tersebut dengan roket berpandu - bukti tersebut masih belum ditemui.

Para suspek tersebut sedang disiasat di ibu pejabat skuad khas anti pengganasan Densus 88 bagi penglibatan mereka dalam rangkaian pengganasan ISIS di Indonesia.

Sumber : CNA/nd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan