Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 pelancong ditahan selepas najis ditemui di tapak suci Machu Picchu

Polis menahan enam pelancong termasuk seorang wanita Perancis atas dakwaan merosakkan warisan budaya dengan membuang najis dalam kuil di tapak suci Machu Picchu.

Anggaran Waktu Membaca:
6 pelancong ditahan selepas najis ditemui di tapak suci Machu Picchu

Polis menahan enam pelancong termasuk seorang wanita Perancis atas dakwaan merosakkan warisan budaya dengan membuang najis dalam kuil di tapak suci Machu Picchu. (Gambar: AFP/Cris BOURONCLE)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 11:20AM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 11:24AM

LIMA: Polis menahan enam pelancong termasuk seorang wanita Perancis atas dakwaan merosakkan warisan budaya dengan membuang najis dalam kuil di tapak suci Machu Picchu.

"Kesemua enam pelancong itu sudah ditahan dan disiasat oleh kementerian awam atas jenayah terhadap warisan budaya," menurut Ketua Polis Wilayah Cusco, Wilbert Leyva.

Mereka ditahan Ahad lalu (12 Jan) selepas ditemui renjer taman negara dan polis berada dalam kawasan larangan di Temple of the Sun, tapak penting di bangunan Inca itu.

Encik Leyva berkata pihak berkuasa turut menemui "retakan" pada dinding di mana "serpihan batu yang pecah dari dinding menimpa dan meretakkan lantai".

Pihak berkuasa kebudayaan wilayah Cusco, di mana Machu Picchu terletak, menyatakan bahawa kesan najis juga ditemui dalam Temple of the Sun.

Kumpulan pelancong itu merangkumi seorang warga Perancis, seorang warga Chile serta masing-masing dua warga Brazil dan Argentina itu menghadapi hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga tahun, sekiranya didapati bersalah merosakkan warisan budaya Peru.

Beberapa bahagian di dalam Temple of the Sun adalah kawasan larangan kepada pelancong bagi melindungi tapak warisan budaya itu.

Machu Picchu, yang bermakna ‘gunung tua’ dalam bahasa Quechua yang dituturkan masyarakat setempat, dibina di puncak gunung ketika pemerintahan Raja Inca, Pachacuti (1438-1471).

Kawasan itu dijumpai semula oleh penjelajah warga Amerika Syarikat, Hiram Bingham, pada 1911 dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengisytiharkannya sebagai tapak warisan Dunia pada 1983

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan