Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 pekerja perubatan di China maut akibat virus COVID-19

Enam kakitangan perubatan meninggal dunia akibat virus COVID-19 di China dengan lebih 1,700 lagi dijangkiti virus tersebut, menurut pegawai kesihatan hari ini (14 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
6 pekerja perubatan di China maut akibat virus COVID-19

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2020 10:06PM Dikemas Kini : 14 Feb 2020 10:09PM

BEIJING: Enam kakitangan perubatan meninggal dunia akibat virus COVID-19 di China dengan lebih 1,700 lagi dijangkiti virus tersebut, menurut pegawai kesihatan hari ini (14 Feb). Keadaan itu menggambarkan risiko yang dihadapi para doktor dan jururawat akibat kekurangan bekalan pakaian dan peralatan perlindungan.


Jumlah tersebut diumumkan hanya seminggu selepas kematian seorang doktor ‘pemberi maklumat’ mencetuskan kemarahan orang ramai terhadap cara pemerintah menangani isu virus korona, dalam kalangan orang awam.

LAPORAN BERKAITAN: Virus korona baru ragut nyawa doktor China yang beri amaran pertama

Naib Menteri di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zeng Yixin berkata dalam satu sidang media bahawa 1,716 pekerja kesihatan di negara itu dijangkiti virus berkenaan setakat pada Selasa (11 Feb).

Sebilangan besar pesakit sebanyak 1,102 orang, disahkan dijangkiti virus COVID-19 di Wuhan, pusat krisis tersebut kata Encik Zeng. Lagi 400 dijangkiti di tempat-tempat lain di sekitar wilayah Hubei.

Pihak berkuasa China sedang bertungkus lumus untuk menghantar peralatan perlindungan ke hospital-hospital di Wuhan, di mana para doktor dan jururawat berdepan dengan jumlah pesakit yang kian meningkat.

Kebanyakan doktor di Wuhan terpaksa merawat pesakit tanpa memakai pelitup atau pakaian perlindungan yang betul , dengan ada yang terpaksa menggunakan semula peralatan yang sama meskipun ia sepatutnya kerap digantikan.

Seorang doktor di sebuah klinik masyarakat di Wuhan memberitahu AFP beliau dan sekurang-kurangnya 16 rakan kerja yang lain mula menunjukkan simptom seakan virus baru itu, termasuk jangkitan paru-paru dan batuk.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan