Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut serangan di upacara pengebumian Afghanistan

Satu letupan berlaku semasa upacara pengebumian di bahagian timur Jalalabad, Afghanistan hari ini (31 Dis) meragut enam nyawa dan mencederakan 15 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut serangan di upacara pengebumian Afghanistan

6 maut serangan di upacara pengebumian Afghanistan. (Gambar: NOORULLAH SHIRZADA / AFP)

Diterbitkan : 31 Dec 2017 09:42PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 10:00PM

JALALABAD, AFGHANISTAN: Satu letupan berlaku semasa upacara pengebumian di bahagian timur Jalalabad, Afghanistan hari ini (31 Dis) meragut enam nyawa dan mencederakan 15 orang.

Demikian menurut seorang jurucakap gabenor.

Ataullah Khogyani, jurucakap bagi gabenor wilayah, berkata letupan itu berlaku di tempat di mana orang ramai berhimpun bagi upacara pengebumian mantan gabenor daerah.

Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut, yang berlaku beberapa hari setelah sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh dan lebih 80 cedera dalam serangan nekad ke atas sebuah pusat kebudayaan Syiah di ibu kota Kabul pada Khamis lalu (28 Dis).

ISIS mendakwa bertanggungjawab atas serangan di pusat itu.

Sumber : AFP/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan