Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut kapal terbang terhempas

Enam penumpang maut apabila sebuah pesawat amfibia terhempas ke dalam sungai di Australia, hari ini (31 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut kapal terbang terhempas

(Gambar: Facebook/Sydney Seaplanes)

Diterbitkan : 31 Dec 2017 08:00PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 08:59PM

SYDNEY: Enam penumpang maut apabila sebuah pesawat amfibia terhempas ke dalam sungai di Australia, hari ini (31 Dis).

Punca nahas masih disiasat.

Para penumpang dipercayai berada dalam penerbangan bersiar-siar menjelang sambutan Tahun Baru di bandar Australia berkenaan.

Menurut polis, pasukan penyelam yang dikerah ke tempat kemalangan itu menemui semua enam mayat namun, identiti mereka belum lagi didedahkan.

Media Australia melaporkan bahawa empat penumpang adalah warga Britain.

Pejabat Luar Britain bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan tersebut tetapi mengatakan ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Australia.

Pesawat berkenaan terhempas dekat Sungai Hawkesbury, kira-kira 50 kilometer ke utara Sydney, menurut polis New South Wales.

Pemangku Superintendan Michael Gorman berkata kapal terbang berkenaan kini berada 13 meter dalam air.

Sumber : Reuters/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan