Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut dalam serangan nekad di bangunan agensi risik Afghanistan

Seorang pengebom nekad membunuh enam orang awam dalam satu serangan berdekatan sebuah bangunan agensi perisikan Afghanistan di Kabul hari ini (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut dalam serangan nekad di bangunan agensi risik Afghanistan

Kakitangan keselamatan Afghan mengawal sebuah kawasan berdekatan tempat kejadian di Kabul. (Gambar: SHAH MARAI/AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2017 06:21PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 06:27PM

KABUL: Seorang pengebom nekad membunuh enam orang awam dalam satu serangan berdekatan sebuah bangunan agensi perisikan Afghanistan di Kabul hari ini (25 Dis).

Serangan tersebut merupakan yang terbaru yang didalangi oleh ISIS di ibu kota negara berkenaan.

Ia dilancarkan sedang para pekerja memasuki Pejabat Pengarah Keselamatan Negara (NDS), hanya seminggu selepas para militan menyerbu pusat latihan jabatan tersebut.

Jurucakap Kementeriaan Dalam, Najib Danish memberitahu AFP bahawa enam orang awam yang sedang menaiki sebuah kereta terkorban apabila pengebom nekad itu meletupkan dirinya.

"Mereka diserang ketika melalui kawasan itu dengan menaiki kereta sedan Toyota. Kami masih belum lagi mengetahui sasaran serangan itu tetapi ia berlaku di jalan raya utama."

Kementerian kesihatan mengesahkan angka korban itu tetapi menambah bahawa satu orang mengalami kecederaan.

ISIS mengakui ia mendalangi serangan tersebut melalui satu kenyataan cabang propagandanya, Amaq.

Ia merupakan serangan terkini yang didalangi ISIS di Kabul yang merupakan antara kawasan paling berbahaya bagi orang awam.

Langkah-langkah keselamatan di bandar itu dipertingkatkan sejak 31 Mei apabila satu bom trak merempuh sebuah bangunan yang menempatkan orang awam sekaligus membunuh 150 orang dan mencederakan sekitar 400 yang lain.

Sejak 2015, ISIS memperluaskan lagi pengaruhnya di Afghanistan, termasuk mempertingkatkan lagi serangan-serangan ke atas kemudahan keselamatan di Kabul.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan