Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut dalam rusuhan di pusat tahanan polis Indonesia

Lima anggota polis dan seorang tahanan terbunuh dalam rusuhan di sebuah pusat tahanan polis di Depok, Jawa Barat yang bermula lewat malam semalam (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 May 2018 06:36PM Dikemas Kini : 09 May 2018 11:06PM

JAKARTA: Lima anggota polis dan seorang tahanan terbunuh dalam rusuhan di sebuah pusat tahanan polis di Depok, Jawa Barat yang bermula lewat malam semalam (8 Mei).

Rusuhan itu melibatkan beberapa orang tahanan kes pengganasan dengan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas di pusat tahanan tersebut.

Seorang pegawai dilaporkan masih ditahan sebagai tebusan.

Jurucakap polis Indonesia berkata rusuhan tersebut berpunca daripada hal remeh iaitu makanan dari pihak keluarga yang mahu diperiksa oleh pegawai bertugas.

Rusuhan tersebut berlaku empat hari selepas polis menangkap tiga orang militan yang didakwa merancang hendak menyerang ibu pejabat dan balai-balai polis di Depok.


Sumber : Agensi berita/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan