Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 maut dalam letupan silinder gas di Pakistan

Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 12 lagi cedera akibat letupan silinder gas di sebuah hospital di Pakistan, utara wilayah Attock. Demikian menurut laporan Xinhua yang memetik media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
6 maut dalam letupan silinder gas di Pakistan

(Gambar: Express News).

Diterbitkan : 02 Jan 2018 12:17PM Dikemas Kini : 02 Jan 2018 12:20PM

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya enam orang maut dan 12 lagi cedera akibat letupan silinder gas di sebuah hospital di Pakistan, utara wilayah Attock. Demikian menurut laporan Xinhua yang memetik media tempatan.

Insiden tersebut berlaku di Hospital Ibu Pejabat Daerah di mana sebahagian bangunan hospital runtuh akibat letupan itu, menurut laporan tempatan semalam (1 Jan). Mereka yang maut termasuk golongan wanita dan kanak-kanak.

Polis menyatakan bahawa punca letupan itu belum dikenal pasti. Namun, letupan itu disyaki berlaku akibat kebocoran gas.

Terdapat saksi yang mengatakan bahawa letupan berlaku di wad wanita, dan beberapa pesakit terperangkap di balik runtuhan bangunan yang roboh itu.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan