Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 lelaki ditahan polis M'sia bantu siasat kejadian pukul warga asing

Polis Malaysia menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial pada Isnin (3 Mei) 

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki ditahan polis M'sia bantu siasat kejadian pukul warga asing

Gambar fail gari tangan. (Gambar: Michelle Shephard/AFP)

Diterbitkan : 04 May 2021 08:52PM Dikemas Kini : 04 May 2021 08:53PM

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia menahan enam lelaki disyaki terbabit dalam insiden memukul seorang lelaki warga asing di kawasan kaki lima Jalan Alam Jaya 19, Taman Alam Jaya, Batu 9 Cheras, Kajang, yang tular di media sosial pada Isnin (3 Mei) 

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata kesemua warga tempatan berusia lingkungan 24 hingga 54 tahun terbabit ditahan pada hari sama bagi membantu siasatan. 

Beliau berkata seorang daripadanya dijamin polis semalam memandangkan dia merupakan pemilik premis di tempat kejadian. 

“Manakala lima yang lain dibawa ke Mahkamah Kajang dan dibenarkan reman selama sehari,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Semalam tular sebuah video dipercayai dirakam berdurasi selama seminit 21 saat memaparkan seorang warga asing dipukul sekumpulan lelaki di kaki lima sebuah kedai dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

Antara individu dipercayai terlibat insiden pukul terbabit ialah pengerusi sebuah persatuan dan beberapa pengikutnya.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan