Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 lelaki dirotan di khalayak ramai di Aceh kerana berjudi

Sekumpulan enam orang lelaki yang ditangkap berjudi dirotan depan khalayak ramai di Aceh pada Selasa (11 Dis) sedang para penonton bersorak.

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki dirotan di khalayak ramai di Aceh kerana berjudi

Di Aceh, merotan pesalah di khalayah umum merupakan hukuman lazim. (Gambar: Cek Mad/AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 09:57PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 10:01PM

TIMUR ACEH, Indonesia: Sekumpulan enam orang lelaki yang ditangkap berjudi dirotan depan khalayak ramai di Aceh pada Selasa (11 Dis) sedang para penonton bersorak.

Mereka diberkas di sebuah kafe internet bagi perjudian online - satu kesalahan di bawah undang-undang Islam - menyebabkan mereka disebat antara tujuh hingga 11 kali dengan rotan.

Sekurang-kurangnya seorang lelaki dilihat menahan sakit apabila seorang pegawai syariah yang bertopeng menyebat bahagian belakangnya di luar sebuah masjid di daerah Timur Aceh.

Ramai di antara mereka yang melihat lelaki-lelaki itu disebat, menggesa agar mereka disebat dengan lebih kuat.

Di Aceh, merotan pesalah di khalayah umum merupakan hukuman lazim yang dilaksanakan bagi pelbagai kesalahan-kesalahan termasuk berjudi, meminum arak dan mengadakan seks dengan golongan sejenis atau menjalin hubungan seks meskipun tidak menikah.

Terletak di hujung utara pulau Sumatra, ia merupakan satu-satunya wilayah di dunia dengan majoriti penduduknya beragama Islam yang menguatkuasakan undang-undang Syariah.

Aceh menguatkuasakan undang-undang Syariah setelah ia mendapat autonomi pada 2001.

Kumpulan-kumpulan hak asasi mengecam hukuman rotan di khalayak ramai sebagai kejam, dan Presiden Joko Widodo sudah menggesanya agar dihentikan.

Bagaimanapun, amalan sedemikian mempunyai sokongan ramai penduduk Aceh yang sekitar 98 peratus daripada lima juta penduduknya beragama Islam.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan