Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

6 lelaki dihukum mati kerana berkomplot mahu bunuh komander Bahrain

Sebuah mahkamah tentera Bahrain menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki dari kaum Syiah selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan-tuduhan membentuk sebuah sel pengganas dan berkomplot untuk membunuh seorang pegawai tentera, menurut laporan agensi berita Bahrain, BNA, hari ini (25 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
6 lelaki dihukum mati kerana berkomplot mahu bunuh komander Bahrain

6 lelaki dihukum mati kerana berkomplot mahu bunuh komander Bahrain. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Dec 2017 10:38PM Dikemas Kini : 25 Dec 2017 10:42PM

DUBAI: Sebuah mahkamah tentera Bahrain menjatuhkan hukuman mati ke atas enam lelaki dari kaum Syiah selepas mereka didapati bersalah atas tuduhan-tuduhan membentuk sebuah sel pengganas dan berkomplot untuk membunuh seorang pegawai tentera, menurut laporan agensi berita Bahrain, BNA, hari ini (25 Dis).

BNA melaporkan bahawa lelaki-lelaki tersebut, termasuk seorang askar, didakwa melancarkan beberapa serangan militan juga untuk cuba membunuh seorang komander tentera Bahrain.

Mahkamah berkenaan turut menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas tujuh lagi individu yang terlibat dalam kes itu. Selain itu, kewarganegaraan mereka juga dibatalkan.

Sementara itu, lima lagi dibebaskan daripada tuduhan-tuduhan tersebut, lapor BNA.

Ia juga menyatakan bahawa di kalangan 18 lelaki yang terlibat dalam kes itu, lapan dijatuhkan hukuman meskipun mereka tidak hadir di mahkamah. Namun, tidak jelas sama ada mereka dihukum mati dan dihantar ke penjara yang mana.

Bahrain menuduh Iran iaitu negara majoriti golongan Syiah mengapi-apikan tindakan-tindakan ketenteraan dalam kerajaannya tetapi Iran menolak dakwaan sedemikian.  

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan